[+] Biar ku bawa seluruh cinta mu...
[+] Biar ku bawa seluruh cinta mu...

hangat ubun hujung kepala
yang memikir rasa..
mengenang nostalgia..
mencari bahagia..
yang satu ketika ada
tapi hilang tak cerna
kata orang tua-tua
jangan berhenti berdoa
kata pujangga
jangan berhenti berharap
apa lagi harus hati ini berdoa
kalau bukan kasih yang mati..
apa lagi harus jiwa mengharap
kalau bukan hasilnya tertiarap..
optimis sungguh mana datangnya
yang sesuatu itu kadang bahagia
mencari juga puncanya
tapi sudah lama layunya
..cinta kasih
yang teruji hadangan
nyata sekali rasa ini asimilasi
...kasih kian layu
...rindu kian mekar
siapa dapat menghalang ku..?
Muaz Hadi
Tersenyum sendiri apalah lagi
bagai mencari inti berduri
yang tak kunjung peri seksa sealam tari
mencari pelangi yang hitam tak seri
mengharapkan cantuman hati dan budi
ku pegang kuntuman lesu lesi
hasil mahsul yang basi
yang satu ketika berdua berdiri
di alam bayang tak lagi sepi
tapi nyatanya kelam duka menanti
mari menghirup udara..
berpelukan luka...
mendongak asa...
mengubat duka...
kelambu ini senantiasa kusam
kerana mencabang kata alam
yang temannya malam
yang saksinya bungkam
kerana pada hujungnya
... ada tangis bersulam rindu
perit bagai mencabut
hidup kelam kelibut
mahu untung timbul sabut
tapi tenggelam dipukul ribut
aduhai merintih alaskan dejavu
... menangis lagi kerana rindu
Muaz Hadi


Sakit ini dahaga rindu
yang tak mahu diabaikan
kerana putihnya sinar
yang menyirami wajah
leka laksana dulu
menyembur kata bukan tak sayang
sembunyi wajah bukan tak rindu
lama tak jumpa tak putus rasa
di angin lalu ku alun kasih
menyendiri asa..
..terhambat suasa duka
wahai alam ku dambakan hembusan salju
biar bulan menangis tapi aku tak mahu
biar matahari panas tapi aku tak terik
cahaya ke cahaya mencari kandungan
tiada tangis kerana tangis itu sudah dikuburkan
alahai... aduhai
mahu ku kucup bayangan..
.. tapi mana bisa ada bebayang
.. tanpa tangis sang rembulan
.. tanpa terik sang mentari
kerana mereka kandung cahaya
..dan cahaya lahir bayang..
makanya intizar ini.. bayang tak jelma..
- Muaz Hadi -
Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda
Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti
Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi
Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini
sarat jiwa
yang satu
tak mahu sedih
mengampun perasaan marhaen
yang ikhlas sulaman kasih
membina titian suci mahabbah
tanpa harapan refleksi
kerana ianya tulus
menuju kudus yang sangat zalil
pujuk hati
yang duka
tak mahu tangis
aduhai perjalanan ini
manis tunggangannya
diisi minyak biar bercahaya
ditiup biar membara
akhirnya padam sebelum perlu
..bertemu akhir yang harus bertamu
lembutkan ubun
yang mengikat
tak mahu tahan
pergilah cahaya usah ragu
langkah sahaja dengan senyuman
telah biasa roh dan jasad ini..
...gelincir di hati
...sukma pilu
-muaz hadi-
mencari damai yang tak temui
yang luntur pasti suatu hari
arca jiwa ini resah beribu sepi
tak tenang mengharap
akhirnya rebah tertiarap
Ya Lathiff..
Lembutkan lah hati kalbu yang dini
ikhlas mencari tenang yang abadi
tak mahu lagi gundah
biar sahaja yang indah
Ya Ghafurr..
Sejukkanlah hati yang tak mudah memaafkan
bukan tak redha tapi tak mampu
sedih pilu yang seribu
yang akhirnya keras tak hitam kelabu
mana damai itu...
ku hamparkan kalbu tenang
..khas buat mu..
-Muaz Hadi-
Melati..
mengapa perlu lagi bertanya
sedangkan kau pasti dengar
tentang yang bayang mengejar
akan diri sendiri tak luhur
Melati..
tulis ku ini rasa hati
yang rindu tak mungkin dirindui
tahu tapi tak mahu memastikan
akan benar kerna azabnya hakiki
Melati..
jangan begitu dilupai
talian jiwa yang suci
jambatan rimba penawar abdi
bebat magis yang selalu sekaki
Melati..
aku ini hikayat jalanan puisi
bagai mengejar bayangan sendiri
tak tahu tak paksa
tapi rasa urat bisa
masih tetap memegang pena
Melati..
aku bukan siapa-siapa
yang mahu apa-apa
biar dilupa
kasih ini tetap tak alpa
-Muaz Hadi-